Sunday, August 16, 2015

Proses Tukar Nama Bil Elektrik dan Bil Air Tahun 2015

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat penukaran nama bagi perkhidmatan Utiliti seperti Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad), Bil Air (PBA -Pulau Pinang)

Bil Elektrik ,Tenaga Nasional Berhad (Seberang Jaya)

Perkara utama sebelum tukar nama, anda perlu memastikan samada tuan rumah lama telah memotong nama dahulu. Jika tidak, tuan rumah lama perlu memotong nama di TNB tersebut atau anda mengambil borang Penutupan Akaun Pengguna dan Bayaran Balik Wang Cagaran dan meminta supaya tuan rumah lama menandatangan sahaja. Kemudian, anda boleh membawa borang tersebut besama 1 Salinan Kad Pengenalan tuan rumah lama berserta dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah:

Dokumen awal yang perlu disediakan adalah :
1. 1 Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2. 1 Salinan Penuh S&P rumah anda.
3. Wang Deposit mengikut jenis rumah. Bagi rumah seperti saya, teres satu tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM250.
3. Bil Elektrik yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda. (Perlu dilangsaikan semasa membuat pertukaran nama nanti)

Anda juga perlu mengisi Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik. Borang ini perlu dimatikan setem hasil bernilai RM10 yang mana boleh dibeli di mana-mana cawangan pejabat pos. 

Setelah menyerahkan semua dockumen yang diperlukan, anda hanya perlu menunggu bil elektrik yang akan datang dan memastikan ianya ditulis dengan nama anda.

Bil Air (PBA - Bukit Mertajam)

Untuk tukar nama dengan pihak PBA, prosesnya agak mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Dokumen awal yang perlu  disediakan adalah :

1.  1 Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2.  1 Salinan Penuh S&P rumah anda.
3. Wang Deposit mengikut jenis rumah. Bagi rumah seperti saya, teres satu tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM70.
4.  Bil Air yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda.

Pastikan juga bil air rumah tersebut tiada tunggakan, sepatutnya semasa proses jual-beli  rumah, tuan rumah yang perlu menjelaskan semua bil air bagi tempoh sebelumnya termasuk amaun yang tertunggak.

Setelah sampai di Pejabat PBA, anda sebenarnya perlu mengisi Borang Pertukaran Nama dan Surat Akujanji. Borang ini perlu dimatikan setem hasil bernilai RM10 yang mana boleh dibeli di mana-mana cawangan pejabat pos.

Usai mengisi borang pertukaran nama, anda akan diberikan nombor giliran untuk berurusan di kaunter mengikut panggilan untuk proses pembayaran deposit bil air dan resit akan diberikan kepada anda.

Dalam 1 jam , urusan dah selesai. Memang cepat urusan bil air berbanding dengan bil elektrik kerana urusan pemotongan nama tuan rumah lama mereka yang selesaikan. Kita hanya perlu tandatangan sahaja.

Kemudian kita perlu menunggu panggilan dari PBA utuk proses tukar meter di rumah. Pemasangan meter baru akan dibuat sebaik sahaja meter lama dibuang. Jadi anda tidak perlu risau ketiadaan air dirumah. =)

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


16 comments:

  1. Salam. Ada tak gambar borang yg telah mati setem? Boleh tolong share?

    ReplyDelete
  2. Salam. Ada tak gambar borang yg telah mati setem? Boleh tolong share?

    ReplyDelete
  3. assalamùalaikum,abah saya baru meninggal dunia dan bil2 atas nama dia... bagaimana cara nak tukar kenama anak ye... sama cara ke.. harap dpt membantu... ~ aswanyusof30@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. geran rumah atas nama siapa?kena pastikan geran tu ada nama mak atau waris baru boleh tukar

      Delete
    2. Bagaimana cara untuk tukar nama pemilik bil.ini kerana ayah saya telah meninggal dunia.bil tu nak ditukarkan ke atas nama mak saya

      Delete
  4. assalamùalaikum,abah saya baru meninggal dunia dan bil2 atas nama dia... bagaimana cara nak tukar kenama anak ye... sama cara ke.. harap dpt membantu... ~ aswanyusof30@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,wan nak tnya kalau beli rumah mlalui AGEN mcm mana? AGEN atau KITA yang perlu buat proses tukar penama tu?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, nak tanya kalo penama sebelum ni da meninggal dunia mcmna ye?

    ReplyDelete
  7. Perkongsian Yang sangat noon, bagaimana PBA yg suruh Kita selesaikan bil tertunggak owner lama?

    ReplyDelete
  8. Bagaimana cara untuk tukar nama pemilik bil.ini kerana ayah saya telah meninggal dunia.bil tu nak ditukarkan ke atas nama saya..

    ReplyDelete
  9. nama rumah nama mak..then nak tukar nama tnb kepada nama anak so boleh ke kalo wang cagaran lame replace aje dgn nama owner baru?

    ReplyDelete
  10. Bagaimana nk dtukarkn nama tnb & bil air atas nama sy, krn ibu&ayah sy dh meninggal dunia.... Tapi ianya atas nama arwah abg sy skarang(juga meninggal dunia. .. (selepas org tua sy meninggal dunia) hrp sy dpt maklumat. Trimakasih.

    ReplyDelete
  11. Bagaimana cara untuk tukar nama pemilik bil.ini kerana ayah saya telah meninggal dunia.rumah dah jual bil tu nak ditukarkan ke atas nama owner baru..

    ReplyDelete